SK SUNGAI KAPAL
TEL : 07-8263141 FAKS : 07-8263141 EMAIL: sk.sungaikapal@yahoo.com
Isnin, 6 Ogos 2018
Khamis, 21 September 2017
PENUTUPAN SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN
Antara aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan ialah ;
1. Pakain Beragam
2. Nyanyian Lagu Patriotik
3. Kuiz Merdeka
4. Basikal Berhias
5. Pertandingan Kelas Tercantik
Rabu, 15 Ogos 2012
Majlis Perlancaran MERDEKA RAYA 2012
Pada 15 ogos 2012, unit kokurikulum sekolah kebangsaan sungai kapal telah melancarkan program sambutan bulan kemerdekaan yang telah dirasmikan oleh En Abd Nasir bin Abd Jabar, GPK 1 SK Sungai Kapal.
Antara aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan semasa bulan kemerdekaan ini ialah ;
1. Pertandinganewarna
2. Pertandingan kelas merdeka
3. Kuiz Merdeka
Antara aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan semasa bulan kemerdekaan ini ialah ;
1. Pertandinganewarna
2. Pertandingan kelas merdeka
3. Kuiz Merdeka
Isnin, 16 Julai 2012
BULAN JULAI BULAN KECERGASAN
Bulan
Julai dipilih sebagai Bulan Kecergasan Kementerian Pelajaran Malaysia
dengan tema bertajuk "1Malaysia 1Kecergasan". Di sepanjang bulan Julai
ini sekolah-sekolah diikehendaki melaksanakan aktiviti-aktiviti
kecergasan berdasarkan tiga komponen berikut:
- Komponen Kecergasan berteraskan RIMUP seperti senamrobik, futsal, bola jaring;
- Komponen Pendidikan dan Perpaduan seperti klinik kecergasan, kuiz kesihatan, ceramah kesihatan atau kecergasan, bicara sukan dan klinik sains perubatan;
- Komponen Kesihatan seperti pameran gaya hidup sihat, kempen derma darah dan pemeriksaan kesihatan.
Objektif Bulan Kecergasan Kementerian Pelajaran peringkat Negeri adalah:
1. Menarik minat pelajar,menyediakan peluang dan menggalakkan mereka menyertai aktiviti-aktviti sukan, rekreasidan kecergasan dengan tujuan bagi melahirkan masyarakat yang cergas dan sihat.
2. Menanam serta memupuk kesedaran secara mendalam kepada masyarakat khsusnya pelajar terhadap nilai-nilai positif yang terdapat dalam aktiviti sukan dan rekreasi serta bagaimana nilai-nilai ini dapat membantu ke arah melahirkan masyarakat yang cergas dan sihat.
3. Menjalinkan ikatan perpaduan, memperluaskan pergaulan dan memupuk interaksi yang sihat dalam kalangan pelajar berbagai kaum ke arah melahirkan satu bangsa dan negara yang kuat melalui aktiviti sukan.
Program 1Murid 1Sukan Peringkat Sekolah
Pada 13 Julai 2012, sempena bulan kecergasan, unit kokurikulum Sekolah Kebangsaan Sungai Kapal telah mengadakan Program 1Murid 1Sukan pertandingan bola baling 6 sebelah antara pelajar tahun 4 dan 5. Pelajar disusun mengikut rumah sukan masing-masing berdasarkan kepada kategori lelaki dan kategori perempuan. Pertandingan tersebut diadakan secara liga dan pasukan daripada rumah biru bagi kategori lelaki dan perempuan telah berjaya menduduki tempat pertama. Tahniah diucapkan kepada atlit rumah biru!
Senamrobik 1Murid 1Sukan
SENAMROBIK 1MURID 1SUKAN
PERTANDINGAN MEWARNA
Bengkel Teknik Menjawab Soalan Matematik
Pada 30 Jun 2012, Unit Panitia Matematik Sekolah Kebangsaan Sungai Kapal
telah mengadakan bengkel teknik menjawab soalan matematik. Pihak
sekolah telah menjemput Tn Hj Latif, Pegawai PPD LINUS Kota Tinggi
Bengkel untuk mengendalikan bengkel tersebut. Seramai 39 orang pelajar
tahun 6 terlibat dalam bengkel tersebut.
Langgan:
Catatan (Atom)