Isnin, 16 Julai 2012

BULAN JULAI BULAN KECERGASAN

Bulan Julai dipilih sebagai Bulan Kecergasan Kementerian Pelajaran Malaysia dengan tema bertajuk "1Malaysia 1Kecergasan". Di sepanjang bulan Julai ini sekolah-sekolah diikehendaki melaksanakan aktiviti-aktiviti kecergasan berdasarkan tiga komponen berikut: 

  • Komponen Kecergasan berteraskan RIMUP seperti senamrobik, futsal, bola jaring; 
  • Komponen Pendidikan dan Perpaduan seperti klinik kecergasan, kuiz kesihatan, ceramah kesihatan atau kecergasan, bicara sukan dan klinik sains perubatan;
  • Komponen Kesihatan seperti pameran gaya hidup sihat, kempen derma darah dan pemeriksaan kesihatan. 




Objektif Bulan Kecergasan Kementerian Pelajaran peringkat Negeri adalah: 

1. Menarik minat pelajar,menyediakan peluang dan menggalakkan mereka menyertai aktiviti-aktviti sukan, rekreasidan kecergasan dengan tujuan bagi melahirkan masyarakat yang cergas dan sihat.

2. Menanam serta memupuk kesedaran secara mendalam kepada masyarakat khsusnya pelajar terhadap nilai-nilai positif yang terdapat dalam aktiviti sukan dan rekreasi serta bagaimana nilai-nilai ini dapat membantu ke arah melahirkan masyarakat yang cergas dan sihat.

3. Menjalinkan ikatan perpaduan, memperluaskan pergaulan dan memupuk interaksi yang sihat dalam kalangan pelajar berbagai kaum ke arah melahirkan satu bangsa dan negara yang kuat melalui aktiviti sukan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan