Khamis, 21 September 2017

PENUTUPAN SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN

Pada 21 September 2017, unit kokurikulum sekolah kebangsaan sungai kapal telah melaksanakan program Penutupan Sambutan Hari Kemerdekaan .

Antara aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan  ialah ;

1. Pakain Beragam
2. Nyanyian Lagu Patriotik
3. Kuiz Merdeka
4. Basikal Berhias
5. Pertandingan Kelas Tercantik




video

Rabu, 15 Ogos 2012

Majlis Perlancaran MERDEKA RAYA 2012

Pada 15 ogos 2012, unit kokurikulum sekolah kebangsaan sungai kapal telah melancarkan program sambutan bulan kemerdekaan yang telah dirasmikan oleh En Abd Nasir bin Abd Jabar, GPK 1 SK Sungai Kapal.

Antara aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan semasa bulan kemerdekaan ini ialah ;

1. Pertandinganewarna
2. Pertandingan kelas merdeka
3. Kuiz Merdeka

Isnin, 16 Julai 2012

BULAN JULAI BULAN KECERGASAN

Bulan Julai dipilih sebagai Bulan Kecergasan Kementerian Pelajaran Malaysia dengan tema bertajuk "1Malaysia 1Kecergasan". Di sepanjang bulan Julai ini sekolah-sekolah diikehendaki melaksanakan aktiviti-aktiviti kecergasan berdasarkan tiga komponen berikut: 

  • Komponen Kecergasan berteraskan RIMUP seperti senamrobik, futsal, bola jaring; 
  • Komponen Pendidikan dan Perpaduan seperti klinik kecergasan, kuiz kesihatan, ceramah kesihatan atau kecergasan, bicara sukan dan klinik sains perubatan;
  • Komponen Kesihatan seperti pameran gaya hidup sihat, kempen derma darah dan pemeriksaan kesihatan. 




Objektif Bulan Kecergasan Kementerian Pelajaran peringkat Negeri adalah: 

1. Menarik minat pelajar,menyediakan peluang dan menggalakkan mereka menyertai aktiviti-aktviti sukan, rekreasidan kecergasan dengan tujuan bagi melahirkan masyarakat yang cergas dan sihat.

2. Menanam serta memupuk kesedaran secara mendalam kepada masyarakat khsusnya pelajar terhadap nilai-nilai positif yang terdapat dalam aktiviti sukan dan rekreasi serta bagaimana nilai-nilai ini dapat membantu ke arah melahirkan masyarakat yang cergas dan sihat.

3. Menjalinkan ikatan perpaduan, memperluaskan pergaulan dan memupuk interaksi yang sihat dalam kalangan pelajar berbagai kaum ke arah melahirkan satu bangsa dan negara yang kuat melalui aktiviti sukan.

Program 1Murid 1Sukan Peringkat Sekolah

Pada 13 Julai 2012, sempena bulan kecergasan, unit kokurikulum Sekolah Kebangsaan Sungai Kapal telah mengadakan Program 1Murid 1Sukan pertandingan bola baling 6 sebelah antara pelajar tahun 4 dan 5. Pelajar disusun mengikut rumah sukan masing-masing berdasarkan kepada kategori lelaki dan kategori perempuan. Pertandingan tersebut diadakan secara liga dan pasukan daripada rumah biru bagi kategori lelaki dan perempuan telah berjaya menduduki tempat pertama. Tahniah diucapkan kepada atlit rumah biru!










Senamrobik 1Murid 1Sukan

 Pada 9 Julai 2012, Sekolah Kebangsaan telah mengadakan program senamrobik 1Murid 1Sukan. Program ini diadakan serentak di seluruh Malaysia yang mana semua guru dan pelajar digalakkan untuk menyertainya. Program senamrobik 1Murid 1Sukan ini juga merupakan sebagai program pembukaan bagi bulan kecergasan iaitu bulan Julai. Program senamrobik bermula seawal jam 7.30 pagi yang dikendalikan oleh Encik Zul Atfi bin Mat Ripin. selepas itu, pertandingan mewarna diadakan bagi semua pelajar.


SENAMROBIK 1MURID 1SUKAN







PERTANDINGAN MEWARNA


















Bengkel Teknik Menjawab Soalan Matematik

 Pada 30 Jun 2012, Unit Panitia Matematik Sekolah Kebangsaan Sungai Kapal telah mengadakan bengkel teknik menjawab soalan matematik. Pihak sekolah telah menjemput Tn Hj Latif, Pegawai PPD LINUS Kota Tinggi Bengkel untuk mengendalikan bengkel tersebut. Seramai 39 orang pelajar tahun 6 terlibat dalam bengkel tersebut.







Program 1Murid 1Sukan


Pada 22 Jun 2012, pihak pelajaran daerah Kota Tinggi telah mengadakan kursus 1Murid 1Sukan bertempat di Institut Kemahiran Belia di Bandar Penawar. Seramai 4 orang pelajar daripada SK Sungai Kapal telah terpilih untuk menyertai kursus tersebut.  Kursus 1Murid 1Sukan tersebut diadakan selama 3 hari iaitu bermula pada 22 Jun hingga 24 Jun 2012.